Tuesday, 12 March 2019

"gajet: zaman dulu vs zaman sekarang."


Hai.. Assalamualaikum semua hari ini saya tiba-tiba rasa nak berceloteh mengenai gajet zaman dahulu dan zaman sekarang. Kalau kita perhatikan apa je gajet yang ada zaman dahulu dan gajet zaman sekarang yang pelbagai. Zaman sekarang ni semakin lama dunia semakin maju jadi kita boleh temui pelbagai jenis gajet di pasaran. Malah ada juga gajet yang pelik-pelik yang dipasarkan sekarang ni. Sebenarnya saya bukanlah nak cakap pasal gajet yang pelik-pelik pun tapi apa yang ingin saya tekankan pada masa kini ialah cara pengunaan gajet itu sendiri.

Kalau kita perhatikan gajet zaman sekarang ini memanglah canggih. Contohnya, Telefon pintar, Komputer riba, Jam digital, Tablet, Ear phone, Portable wifi dan banyak lagi yang kita boleh temui. Tapi yang paling banyak gajet yang digunakan oleh masyarakat sekeliling sekarang ni ialah telefon pintar kebanyakkannya manusia kini tidak boleh hidup tanpa telefon pintar dan internet jadi portable wifi mesti akan menjadi salah satu gajet yang selalu digunakan kerana ia menjadi satu kemudahan kepada semua orang lebih-lebih lagi orang yang bekerja menggunakan internet.


Berdasarkan statistik yang saya perolehi sumber daripada  Hootsuite we are social menunjukkan bahawa penggunaan internet di Malaysia telah menebusi rangkaian. Menurut peratusan yang ditunjukkan di dalam gambar tersebut membuktikan tahap penggunaan internet itu lebih tinggi berbanding yang aktif dalam media sosial, pemilikkan telefon pintar dan yang aktif dalam media sosial mengunakan telefon pintar. Untuk lebih lanjut rujuk pada gambar di atas.

Jika kita fikir semula pada zaman dahulu internet sangat susah untuk di dapati tetapi pada masa kini ianya menjadi semakin mudah kerana terdapat pelbagai syarikat di Malaysia kini sudah menawarkan perkhidmatan internet. Zaman dahulu telefon tidak boleh berhubung dengan jalur lebar tetapi kerana kemodenan dan kecangihan pada masa kini dengan hanya menggunakan telefon pintar kita sudah boleh menggunakan internet dan boleh melayari  laman sesawang serta media sosial.

Antara media sosial yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia ialah aplikasi whatsapp, Facebook, Instagram, Twitter dan macam-macam lagi. Bukan itu sahaja terdapat juga beberapa aplikasi sosial yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Antaranya ialah tik tok, musically, youtube, dubsmach dan sebagainya.

Media sosial adalah salah satu medium untuk sesorang itu berkomunikasi dengan orang lain sama ada yang jauh mahupun dekat. Setiap daripadanya pasti ada kebaikan dan keburukan tersendiri. Kebaikan yang kita boleh perolehi daripada media sosial ni banyak sebenarnya. Kita boleh berkomunikasi walaupun dalam jarak jauh, dapat berbincang dengan ahli kumpulan menggunakan “group chat”, dapat melakukan kerja dengan hanya menggunakan media sosial contohnya menghantar fail-fail kerja dan media sosial ini juga menjadi satu kemudahan untuk menyampaikan maklumat serta menyebarkan sebarang maklumat dengan lebih cepat.

Kerana disetiap kebaikan pasti ada keburukan. Disini saya juga mahu berkongsi kepada anda semua tentang keburukan menggunakan media sosial. Manusia pada masa kini sentiasa dengan gajet mereka, ini adalah kerana di dalam setiap gajet mempunyai aplikasi sosial, Aplikasi sosial dan permainan video digital . Hal ini akan menyebabkan seseorang itu leka dan sering bersama dengan gajetnya sehingga mengabaikan orang di sekelilingnya bahkan mengabaikan keperluan diri sendiri juga. Perkara ini menunjukkan bahawa hubungan seseorang itu dengan orang yang dekat dengannya akan menjadi semakin renggang . Kemudian akan terjadinya penyebaran maklumat yang tidak sahih. Melalui kemudahan yang telah diberikan pasti akan ada manusia yang menyalahgunakannya. Termasuklah gajet itu sendiri kerana media sosial berkait rapat dengan gajet maka setiap daripadanya pasti akan lebih kurang sama.




Pada pendapat saya gajet pada masa kini sudah terlalu memberi kemudahan kepada kita semua. Contohnya, headphone wireless. Saya sendiri mempunyai gajet tersebut ia sangat memberi saya kesenangan untuk bergerak ke mana-mana sambil mendengar lagu. Batas saya untuk bergerak itu semakin luas. Tetapi kekurangannya satu sahaja bagi saya kerana ia menggunakan bateri yang perlu dicas tapi ia tidaklah menjadi satu bebanan buat saya. Dengan adanya headphone wireless ini kita boleh mendengar lagu tanpa susah-susah bawa telefon atau mp3 sekali dan tak perlu berserabut dengan wayar headphone yang panjang.


Seterusnya, Antara gajet yang saya miliki adalah komputer riba. Dahulunya saya hanya ada komputer yang besar tu yang ada pc, keyboard, mouse, speaker, dan monitar lagi susahkan nak bawa pergi mana-mana tapi sekarang dah ada komputer riba jadi tak perlulah nak pening kepala nak buat kerja, nak buat assignment, nak buka media sosial dalam komputer riba pun boleh tau yang paling seronok dapat layan movie. Dekat mana-mana pun kita boleh guna komputer riba ni. Saiz pun ada yang dari kecil sampailah sebesar besar alam. Ehh takdelah sampai macamtu. Saya pernah tengok sendiri ada seorang perempuan ni dalam KTM pun dia boleh buat kerja bukan setakat tu je mengikut pengalaman saya sendiri dalam bas masa perjalanan balik kampung pun boleh tau saya buat kerja guna komputer riba ni. Tengok bertapa mudahnya  kehidupan manusia sekarang. Jadi kita perlu bersyukur dengan apa yang ada sekarang.




Kemudian, setiap orang pasti akan ada gajet yang satu ni. Kalau tiada memang tak senang duduklah. Entah-entah kalau takdenya benda ni mesti rasa tak lengkap je hidup seseorang tu. Mesti dah dapat agak apa bendanya itu. mestilah telefon pintar yang hampir semua orang gila-gilakan termasuklah saya. Tapi mana ada gila cuma kalau takde boleh meroyan kut sebab sekarang semua benda guna telefon pintar kiranya telefon ni segala-galanya lah. Baru tertinggal kejap dah gelabah cari sebab takut hilang. Telefon dulu boleh je kalau nak tinggal-tinggal telefon sekarang mana boleh. Tinggal sekejap dah hilang sebab ada orang ambil pantang betul lebih lagi macam saya ni yang ada adik kecil. Kalau dah dapat dekat adik tu mesti dialah yang lebih guna sampai saya nak guna pun tak boleh dan yang saya perasan kanak-kanak sekarang semakin hebat menggunakan gajet ni. Memang kalah orang yang tua dari dia. Dia lebih handal guna daripada kita. Ibu bapa memang sangat memainkan perananlah dalam hal ni. Jangan biarkan anak anda terus menerus dengan telefon pintar jangan sampai anda sendiri pun mereka abaikan kerana lebih suka dengan telefon pintar masing-masing.



Jadi apa yang saya dapat simpulkan disini ialah gajet zaman sekarang ni memang sangat bagus sekali. Ia memang sangat membantu kita dalam melakukan apa-apa sahaja. Dari pelbagai sudut dan aspek cuma kita sebagai manusia perlu bijak menggunakannya. Jangan musnahkan kebaikan dan kemudahan yang telah wujud di sebalik gajet itu. hargai ia dan gunakan dengan tepat sebelum ia menjadi sesuatu yang membinasakan diri kita sendiri.


disediakan oleh: Siti Nur Zulaikha Binti Mohd Rodzi (D1710261)

"gajet: zaman dulu vs zaman sekarang."

Hai.. Assalamualaikum semua hari ini saya tiba-tiba rasa nak berceloteh mengenai gajet zaman dahulu dan zaman sekarang. Kalau kita perhati...